Thursday, 5 February 2015

HATI-HATI : SENARAI PRODUK YANG MENGANDUNGI BAHAN TERLARANG

Assalammualaikum dan salam sejahtera kpada pembaca CASM...





Alhamdulillah, hari ne sempat lagi nak menulis blog.. walaupun Asgment keliling pinggang... hahaha.... Btw, Hari ini Anis nak kongsikan tentang senarai produk yang telah dikesan mengandungi bahan yang terlarang.. kita ne kadang2 main pakai, main minum, main makan n main sapu jk kan... tu la kelebihan pengiklan2 sekarang ne..kalau nak buat iklan cakap bagus la.. berkesan la.. memang terbaik la.. apala kannn... kita ne bukan apa kadang2,  saja nak ikhtiar untuk hidup lebih... hah.. meh tengok ne... maklumat ne anis dapat daripada Bahagian Farmasi  Kementerian Kesihatan Malaysia... hahh.. jom tengok.. mana la taw ada produk yg korang gunakan kan... ^_^

GAMBAR HIASAN









hahh... da tengok semua????ada x yang korang gunakan??? kalau ada pliss la elakkan k... jgan ambik lagi kalau da taw benda tu bhayakan... Tapi, sbnarnya ada juga yang anis dengar produk tu d beri oleh farmasi sendiri,,, hahh... yang tu memang di luar bidang tugas anis k.. no komen tentang tu... Btw, korang jgan risau sangat la nnt terbeli produk ne kat luar sana or apakah... sebab semua produk ini telah dibatalkan pendaftaran/tidak berdaftar/tidak bernotifikasi dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan tidak dibenarkan dijual di pasaran... Tapi korang tetap perlu berhati2 k  ^_^...

SALAM UKHUWAH DARI ANISSIMANIS <3

Monday, 2 February 2015

APA ITU CINTA?

Assalammualaikum dan salam sejahterah pembaca CASM..<3


Alhamdulillah... hari ini Anis akan kongsikan kepada semua Apa itu Cinta???...what is love???.. ano ay pag-ibig???... S̄ìng thī̀ pĕn khwām rạk???... aşk nedir???... Shénme shì ài???... salang eun mueos-inga??? Ai to wa nanika???... Pi'āra kī hai???.... hihihi... jangan konfius.. semua tu sama maksud jak cuma dalam bahasa yang berlainan.. hihi... over kan... huhu,, Sebenarnya kita masing2 ada definisi cinta kita sendiri... Tapi sesungguhnya cinta yang sebenar itu adalah cinta kepada Allah S.W.T.. <3 InsyaAllah.. semoga kita memiliki cinta ini k.. ^_^ aamiin...


CINTA <3

1. Cinta adalah perbuatan. Kamu tidak boleh berkata cinta tanpa membuktikan apa yang kamu kata. Kamu perlu buktikan pada orang yang kamu cinta bahawa kamu cintakan dia.
2. Cinta lebih dari satu perasaan kerana cinta boleh menyebabkan kamu gembira, sedih, tertekan dan alami bermacam-macam perasaan lagi. Cinta juga berubah mengikut mood.
3. Cinta tidak akan mengecewakan orang yang terus mencintai. Kadangkala tidak semua perkara akan berjalan dengan lancar dalam hubungan tetapi kamu tidak akan kecewa jika kamu terus mencintai walaupun dia bukan lagi milik kamu. Melihat dia bahagia dan kamu pula mencari kebahagiaan lain adalah cinta yang hebat.
4. Cinta yang sejati adalah misteri tetapi ada jalan untuk mencapainya. Cinta sejati bermula dari dalam hati dan ia seperti kuasa ghaib yang akan membawa kamu masuk ke alam lain.
5. Cinta adalah suci dan jauh dari dosa. Perasaan cinta akan membuatkan kamu sentiasa ingin melakukan kebaikan. Cinta yang membawa keburukan adalah di sebabkan perasaan dendam dan dengki.
6. Cinta tidak pernah terjadi untuk mencintai rupa paras. Sebaliknya cinta hanya akan muncul apabila kamu mencintai hatinya.
7. Cinta adalah berkorban, memberi dan mengasihi.
8. Cinta tidak boleh di buat-buat kerana ia terjadi dengan sendirinya.

"Cinta itu HADIR setiap saat
Cinta itu TERASA dalam tindakan
Cinta itu TERUCAP dalam senyuman
Cinta itu BERSINAR dengan tatapan
Cinta itu HANGAT dalam dakapan
Cinta itu MENYENGAT lewat belaian"


<3 Apapun anis nak pesan,orang yang betul2 mencintai kita dengan ikhlas, adalah orang yang boleh terima kita seadanya tanpa membandingkan kita dengan orang lain.. <3 

SALAM UKHUWAH DARI ANISSIMANIS <3

Sunday, 1 February 2015

UNTUNGNYA MENJADI WANITA SOLEHAH ^_^



Assalammualaikum dan salam sejahtera....

Alhamdulillah, hari ini Anis masih boleh berkongsi ilmu kepada pembaca2 blog Anis Si Manis..  terima kasih kerana sudi bertandang ke blog ini. Semoga ada kebaikan yang di peroleh dari bacaan2 di blog ini aamiin... <3

Hari ini Anis akan kongsikan betapa untungnya menjadi seorang wanita solehah.. Wanita hiasan dunia.. seindah hiasan adalah wanita solehah.. yang akan membahagiakan syurga di dalam rumah tangga..hihihi.. begitu la bait2 lirik lagu nasyid Impian Kasih yang di dendangkan oleh kumpulan In-Team.. iaitu salah satu kumpulan nasyid kegemaran Anis.. hihi... oklah, Anis tahu, hampir kesemua wanita d dunia ini mahu menjadi wanita yang solehah.. tapi oleh kerana nafsu dan dugaan hidup di dunia ne kita kalah dengan ujian yang diberikan Allah S.W.T...  Apapun Anis doakan semoga pembaca wanita semua diberikan hidayah dan petunjuk untuk menjadi wanita solehah... Aamiin Ya Rabb... <3



41 KELEBIHAN WANITA BERBANDING LELAKI

 1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada Bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.
2. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
3. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
5. Seorang wanita jahat adalah lebih buruk dari daripada 1.000 lelaki jahat.
6. Wanita yang menguli tepung dan gandum dengan Bismillah, Allah akan berkahkan rezekinya.
7. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.
8. Wanita yang memerah susu binatang dengan Bismillah akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkahan.
9. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takut akan Allah dan orang yang takut akan Allah diharamkan api neraka atas tubuhnya.
10. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa menyukai anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
11. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah Syurga.
12. Daripada Aisyah “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang daripada api Neraka."
13. Syurga itu dibawah telapak kaki ibu (seorang wanita).
14. Apabila Ibu dan Bapamu memanggilmu,  maka jawablah panggilan Ibumu dahulu.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya, akan tertutup pintu Neraka dan terbuka pintu-pintu Syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki tanpa dihisab.
16. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga solat dan puasa).
17. Perempuan apabila Solat 5 waktu, puasa Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu Syurga mana saja yang dia kehendaki.
18. Wanita yang melayan suaminya yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih dengan baik akan mendapat pahala jihad baginya.
19. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun Solat.
20. Aisyah ra berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah “Ibunya”.
21. Setiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam Syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10.000 tahun).
22. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang, akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
23. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas, jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapatkan pahala 7 tola perak.
24. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki Syurga.
25. Jika suami mengajar isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadah.
26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk Syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70.000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam Surga dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
27. Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka berIstighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1.000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1.000 kejahatan.
28. 2 rakaat solat wanita yang mengandung adalah lebih baik daripada 80 rakaat shalat wanita yang tidak mengandung.
29. Wanita yang mengandung akan mendapat pahala berpuasa pada siang hari.
30. Wanita yang mengandung akan mendapat pahala berpuasa pada malam hari.
31. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.
32. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mangurniakan satu pahala haji.
33. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.
35. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup waktu (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan kabarkan berita bahwa Syurga wajib baginya.
37. Jika wanita memberi susu badannya (ASI) kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
38. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (ASI) akan dapat satu pahala dari pada setiap titik susu yang diberikannya.
39. Apabila semalaman (Ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
40. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadah.
41. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam Surga.
Allahualam....
Ya Allah, semoga kita dan wanita2 yang kita sayani dan kesemua wanita muslimah akan mendapat ganjaran seperti ini... Semoga Allah tetapkan hati kita untuk beribah seikhlasnya kepada-Nya. InsyaAllah... Aamiin.. ^_^
###koleksic/p
SALAM UKHUWAH DARI ANISSIMANIS <3 ^_^

MAHALNYA WANG HANTARAN ! (Pesanan buat Ibubapa dan Bakal Pengantin)




Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....
Hari ini anis nak kongsikan cerita tauladan mengenai wang hantaran.... mesti banyak isu kan kalau nak cerita pasal wang hantaran ne.... hmm... anis pun xtaw la nak cakap macam mana... letak wang hantaran tinggi salah.. letak rendah pun salah.... ada jak tak kena... tapi sebaik2 janganlah letak wang hantaran tinggi2... kesian pihak lelaki... pening kepala la dia nak cari duit kan....hihihi.....



(korang tengok kat bawah ne, korang rasa wajar ka nilai wang hantaran di beri mengikut tahap pendidikan si perempuan? )


hahh... fikirkan la erk... sesuai ka idokk... oklah... meh kita baca kisah tauladan pasal wang hantaran ne.. layannn... <3



Alkisah.....

Gadis      : Masuklah dulu, jumpa dengan ayah saya.
Teruna  : Boleh ke?
Gadis    : Masuk je lah, saya nak bersiap.


Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengalukan-alukan kedatangan si Teruna.

Teruna       : Assalamualaikum.
Bapa Gadis : Waalaikumusalam.

Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.

Gadis          : Mari, duduk kat kerusi

Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.

Bapa Gadis : Nak jalan kemana hari ni?
Teruna       : Bandar je pak cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak                        taulah saya
Bapa Gadis : Oh..
Teruna       : ??

Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan
ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.

Ibu Gadis    : Minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?
Teruna        : Ehh. Sudah cik. Terima kasih.
Ibu Gadis    : Kamu ni malu-malu pula dengan kami.
Teruna        : Segan cik. Hehe
Bapa Gadis  : Bila kamu nak hantar rombongan?
Ibu Gadis    : Eh. Apa ayahnya ni?
Teruna        : Ehh. Duit takde lagi. Hehe
Bapa Gadis  : Kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti?
Teruna        : (Eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata                          dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la                          nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit
Bapa Gadis  : Boleh takde masalah
Teruna        : Pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?
Bapa Gadis  : Kalau boleh 20 ribu
Ibu Gadis     : Ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh makcik nak lebih tinggi sikit                          dari orang sebelah ni
Teruna         : Berapa tu mak cik?
Ibu Gadis     : Dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 ke atas pihak lelaki
Teruna         : (Amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak                        dapat? Aduh..) Tingginya mak cik, tak boleh rendah lagi ke?
Bapa Gadis   : Itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.

Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.

Teruna       : Erm.. Kenapa anak pak cik tak pakai tudung?
Bapa Gadis : Itu kenalah tanya maknya
Teruna       : (Ehh. Boleh pas-pas pulak dah)
Ibu Gadis   : Ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak
Bapa Gadis : Saya kan kerja. Mana ada masa
Teruna       : (Pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan                           dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala                           jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak tanya lagi, anak pak                     cik pandai masak tak?
Bapa Gadis : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun                      pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.
Ibu Gadis   : Apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-                    buruk pulak.
Bapa Gadis : Maknya pun sama suka bangun lambat juga.
Ibu Gadis   : Abahnya!
Teruna       : (kah kah kah..bengong. Camtu pun nak cerita) Hehe.. Okeh.                             Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?
Ibu Gadis   : Boleh sikit-sikit kot
Teruna       : Kali terakhir bila?
Ibu Gadis   : Err. Darjah 1 agaknya.
Teruna       : hmm..
Ibu Gadis   : Kenapa?
Teruna       : Takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?
Bapa Gadis : Apa motif kamu tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu                       tau la.
Teruna       : Kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-                         hari datang bulan. Dia tau solat atau tak?

Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah- merahan menahan amarah.

Teruna   : Boleh saya sambung lagi..? Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti                mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi.                        Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun                    tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lainlah dia ni ‘hafizah’, 30 juzuk                dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau                jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup                      bayar. Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk                      serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah                        serendah-rendah mahar.

Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis. Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah- megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada majlis perkahwinan. Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami. Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri.
Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.

Bapa Gadis : Tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan                     sekali seumur hidup.
Teruna       : Pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?
Ibu Gadis   : Tentulah kami berdua pun turut gembira.
Teruna       : Ye ke? Pakcik, makcik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak                            pakcik, pakcik yang tanggung. Esok lusa lepas akad nikah terus                        dosa dia saya yang tanggung. Pastu pakcik nak buat bersanding                        pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa.                            Lagilah saya berdosa sangat-sangat.

Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.

Bapa Gadis : Kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.
Teruna       : Ehh. Maaflah pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi                           itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai                          lupa agama.
Bapa Gadis : Camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde,                       kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!
Teruna       : Lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk                    meminang. Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak                        pakcik’?
Bapa Gadis : Hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main                      sedap mulut je.
Teruna       : Dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab                          orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda ni lah                          pakcik. Selalunya ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh                      ribu ringgit sampaikan pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat                          untuk berkahwin. Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan                          dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan                        manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan                        nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang ringan-ringan                      dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang                              pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang                        berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.
Bapa Gadis  : Apa kaitan kamunak berzina pula
Teruna        : Ye lah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit                       dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik?                       Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu..                       Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk                         berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang                           saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni                       ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan dah berzina.                       Err.. berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-                         zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.
Bapa Gadis : Hmm.. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang                         lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu                      nak bagi dia makan
Teruna       : Hehe.. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah                                bagitau?

                   “Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan)                         dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-                           hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah                         akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah                                   kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah                               kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (an Nur 32).
                    Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun                       pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk                     saya beri pada dia. Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi.                             Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara                         dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan.
                    Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan.

Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.

Bapa Gadis : Kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin                    kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi                        kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau                              tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena                      nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.
Teruna       : Bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je                           denda. Kat Malaysia takde hudud, dan kalau untung. Boleh nikah                       masa tu jugak. Bagus-bagus.
Bapa Gadis : Serius lah sikit.
Teruna       : Betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde                        walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan                        yang anak- anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak                          oknya,  bersanding tu hahh. Kesian saya pakcik, saya seorang                          bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap                    kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat                                  menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik.                          Saya yang tanggung dosa dia. InsyaAllah pakcik. Kita bukan nak                      buat apa pakcik.Syariat memang camtu. Maha baiknya Allah sebab                    jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita                            masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah                      janjikan. Susah lah camtu pakcik. Maaflah kalau ada kata saya                          yang membuat pakcik kurang senang dengan saya. Segala-                              galanya kita serah pada Allah, kita merancang je.

Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas si teruna memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi.
Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat. Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.

Ibu Gadis   : Apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama                        selama ni. Kita sambil lewa abahnya.
Bapa Gadis : Hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi.                      Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia                          amik kamu.
Gadis         : Takde mood nak pegi la ayah. Ntah.. Si gadis terus mencapai                             telefon bimbitnya dan menaip mesej.

Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis..

“Andai Allah telah memilih dirimu untukku, aku redha dan akan terus bersama mu, aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.” “ : )” “Petang ni takde mood nak keluar, sorry. Dan minggu depan ayah suruh hantar rombongan."\

Sekian.....




<3 Pesan anis fikir‬-fikirkan la berapa ramai ibubapa yang sporting Dan membiarkan anak-anak mereka melakukan APA saja sesuka hati, lebih baik kita ‎cegah‬ sebelum terlambat.  Anda semua pun mesti boleh fikir yang mana baik dan mana buruk bukan.... btw yang baik semua datang daripada ALLAH TAALA dan buruk itu semua datang dari kesilapan saya sendiri... 



###koleksic/p


SALAM UKHUWAH DARI ANISSIMANIS <3